Untuk dikongsi bersama dan semoga menjadi amalan hidup...
Insyallah Rahmat Allah akan dapat kita rasai apabila mengamalkannya dengan ikhlas dan secara istiqamah (berterusan setiap hari)
Berikut adalah beberapa hadis Rasullullah s.a.w yang ada kaitan dengan Solat Sunat Dhuha
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati akuuntuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapashaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkandosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akanmemelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanyadi syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada harikiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ?inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.
Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkansolat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.
Info Berkaitan Solat Sunat Dhuha
Solat sunat dhuha itu dilakukan waktunya selepas waktu syuruk iaitu dari 7.30pg hingga 11.00pg
Bilangan rakaat Solat Sunat Dhuha : 2 rakaat sehingga 12 rakaat ( 2 Rakaat 1 Salam). 2 rakaat 1 salam ini merujuk kepada selepas selesai 2 rakaat dibuat ..salam diberikan. Jika ingin buat 4 rakaat , maka baca niat semula dan habiskan 2 rakaat dan salam... begitulah seterusnya.
Cara Solat Sunat Dhuha
.
1. Membaca niat:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
2. Bacaan
Pilihan 1
Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaatkedua selepas fatihah baca surah Addhuha atau
Pilihan 2
Bacaan Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaatkedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Bacaan ketika sujud yang terakhir
Pilihan 1
Baca ketika sujud yang terakhir - sebanyak 3 kali
Pilihan 2
Al-Wahhab - 40 kali ( Makna Al - Wahhab : Yang Maha Pemberi)
4. Baca doa ini selesai solat