AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR



  Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak   akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya"


  Melalui hadis di atas  kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana
  syafaatnya akan diterima Allah.  Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa  "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan,orang itu akan datang mendiami antara dadanya
  dan kain kafan itu.  Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba  untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat   pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya  berseorangan walau dalam keadaan apa sekali  pun.  Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan  meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia  berpaling ke arah mayat  sahabatnya dan berkata :
"Akulah Al- Quran yang mana engkau telah  membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"Bila pertanyaan selesai, orang  yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga,
"Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat  Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang - orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah   ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita  tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi  syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!