AL - QURAN : TEMAN DI DALAM KUBUR



  Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda  yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak   akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya"


  Melalui hadis di atas  kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana
  syafaatnya akan diterima Allah.  Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa  "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.Apabila mayat itu dikafankan,orang itu akan datang mendiami antara dadanya
  dan kain kafan itu.  Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba  untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat   pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya  berseorangan walau dalam keadaan apa sekali  pun.  Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan  meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia  berpaling ke arah mayat  sahabatnya dan berkata :
"Akulah Al- Quran yang mana engkau telah  membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat""Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini,engkau tidak akan berasa dukacita lagi"Bila pertanyaan selesai, orang  yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga,
"Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.Kita tahu tentang tingginya syafaat  Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang - orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah   ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita  tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi  syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.....AMIN!!!


Read more ...

CAHAYA MUKA NABI S.A.W

CAHAYA MUKA NABI S.A.W
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah  berkata :"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh)  maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun  padam,
lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat  mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai  Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!
Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada  hari kiamat?"
Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil."
Aku bertanya lagi : "Siapakah orang yang bakhil itu?"
Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia  tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga  orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan  keluarga
Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa  seorang lelaki lalu di sisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang  yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua
benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada  Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai  beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah
ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."
Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke  mari semula?
" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari,  nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama  engkau disisinya."
Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang  itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."
Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula.  Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad,  Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)  berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku  lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana  kijang itu kembali kepada engkau." 
Alhamdulillah..marilah  memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam  umat Muhammad.
***************************
Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.
***************************
Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu (surah Al-Baqarah ayat : 208)
**********************************************************************
13 Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw.
Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis dan jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari tengah dan jari telunjuk. Nabi Muhammad saw. melarang  kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.
Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari
Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala.
Wallahu a'lam
Wassalam.
Beramal dengan Ilmu.
************************************************************************
Waktu haram ialah:
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit.
subuh dari 5.35am to 7.05am. 7.05am + 28mins = 7.33am selepas dari 7.05am to 7.33am ialah waktu syuruk. Waktu ini adalah haram utk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada diantara matahari.  Rasulullah mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai org yang menyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7.00pg dan ingin mengqadakan sembahyang subuh, kita harus melepasi waktu syuruk itu.
2. Waktu zawal/Istiwa/rembah iaitu matahari berada tegak diatas kepala iaitu apabila kita berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali dibawah kaki kita.Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan  berkeliaran. Waktu ini panjangnya dalam 5-10mins sebelum waktu zohor.
Waktu fadilat/afdal untuk solat ialah sepertiga waktu selepas azan ke 20 mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat. Kecuali Isyak,afdalnya ialah sepertiga malam  ie sesudah azan hingga 10.30mlm.
Wallahualam. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr.

Read more ...

Beruk - Cerita Lawak 3

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?

Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.

Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : Sabar jer laaa.!! (dalam ati)
Read more ...

Ayam dan Kambing - cerita lawak 2..

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...
Read more ...