12 Cara Menjawab Telefon (Serius Lawak!)



12 Cara Menjawab Telefon | Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon). Jom kita tengok apakah 12 cara menjawab telefon paling kerek sekali.
1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.
2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.
5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
Lagi seterusnya……
7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.
8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap
9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?
10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)..
Read more ...

budak menyusu lembu..



Kontroversi sama ada betul atau tidak penyusuan susu ibu adalah lebih sihat daripada susu formula bayi selepas dilahirkan. Di Kemboja, penyusuan susu ibu seolah-olah untuk menjadi perkara yang sangat penting walaupun ia adalah terus dari lembu. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan di Kemboja dengan sendirinya menyusu secara langsung dari puting susu lembu.

Kanak-kanak itu, yang bernama Tha Sophat, nampaknya mula melakukannya selepas menyaksikan seekor anak lembu melakukan perkara yang sama ketika menyusu. Secara semulajadi, dia juga harus melakukannya juga. Um Oeung, datuk kepada budak itu cuba untuk menarik budak itu dari lembu, kalau-kalau dia terpijak atau dikenali sebagai kanak-kanak yang pelik kerana menghisap susu dari lembu.

Sophat, sebagai budak mentah sedikit. Akhirnya datuknya mengalah, walaupun kebimbangan yang semakin meningkat tentang kesihatan akibat kesan buruk ke atas kanak-kanak tersebut.


  


Read more ...

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA



Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: “Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Pada malam aku di Isra’kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, “Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Baginda bersabda:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0jeOdHaCvo-1mjEqvt5l3mLWTovcZZMdTBs_rTZANiIsbhxDgZlXjrI23ItL3ac4AbnLvtHVADQd90awPXhsPohF6lbCam_UrCiWABNbYYPEKNBOIqdO9OaU-vJ2MXu7wdfTtxWVpoN3p/s400/babak-dalam-neraka.jpg
 9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA
 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
 3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
 4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.
 5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
 6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.
 7. Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
8. Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
 9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu.”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Fatimah, adapun :
 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya di jilbab dikalangan lelaki.
 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
 Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat, selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.
 3. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
 4. Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
 5. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
 6. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
 7. Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
 8. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.
 9. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya...
Read more ...

Inilah Pasangan Burung Yang Membuat Ramai Orang Di Dunia Menangis



image
Seekor burung betina terkapar di pelantaran dengan
 keadaan tubuh yang parah.

image
Pasangan jantannya membawakan makanan kepada burung
 betina dengan kasih sayang

image
Burung jantan sedang memberi makan kepadanya, tak lama
 kemudian burung betina itu mati terkulai. Burung jantan
 merasa terkejut dan cuba mengangkatnya.

image
Burung jantan akhirnya menyedari bahawa pasangan yang 
dicintainya telah mati. Ia kemudian “menangis” di hadapan
 kekasihnya yang telah mati kaku.

image
Sambil berdiri di samping tubuh kekasihnya sambil “berteriak” 
dengan suara yang sangat menyedihkan seolah-olah meratapi
kematian kekasihnya.

image
Akhirnya ia menyedari bahawa pasangan yang dicintainya telah
 meninggalkannya dan tak akan boleh hidup kembali bersamanya.
 Ia berdiri disamping tubuhnya dengan sedih dan duka yang
 mendalam.(perhatikan wajahnya).
Read more ...

SEDEKAH MEMBAWA BERKAT



Sebaik sahaja pulang dari rumah Nabi Muhammad (saw), Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah Az-Zahra dan bertanya, “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai makanan untuk suamimu?”
Fatimah menjawab, “Demi Allah, saya tidak mempunyai makanan sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makanan untuk Hassan dan Husain.” Ali berkata “biar saya yang pergi membeli makanan.”
Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan. Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata, “Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan selalu menepati janji?”
Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan hanya menangis.
Ali pun bertanya “Wahai Fatimah, mengapa kamu menangis?” Fatimah berkata, “wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa?” Ali menjawab aku meminjamkan wang itu kepada Allah”. Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata, “Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu”.
Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad. Di tengah jalan, seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta, menghampirinya dan berkata, “Wahai Aba-Al Hasan, belilah unta ini.” Ali berkata “Saya tidak mempunyai wang”. Orang Badwi itu berkata, “Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa sahaja.” “Berapa harganya?” Tanya Ali yang menunjukkan minat. “Tidak mahal, 100 dirham sahaja”, jawab Badwi itu. “Baiklah, saya beli.” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalananya menuntun unta. Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya, “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”
“Ya”, jawab Ali.
“Berapa?” Tanya orang Badwi itu.
Ali menjawab, “300 dirham”.
“Baiklah, saya beli”, kata Badwi itu dan terus memberikan wang sebanyak 300 dirham kepada Ali.
Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya, “apa yang kamu bawa itu, wahai Abu Hasan?” Ali menjawab, “Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harta 100 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga 300 dirham.” “Aku setuju”, kata Fatimah.
Seterusnya, Ali pergi menemui Nabi Muhammad di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi tersenyum dan berkata, “Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”
“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.
“Hai Abu Hasan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?”
Ali menggeleng, “Tidak, Allah dan Rasulnya yang lebih tahu.”
Nabi Muhammad menjelaskan, “Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham. Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah MALAIKAT JIBRAIL dan yang kedua adalah MALAIKAT MIKAIL”….SubhanAllah

Sumber : Petikan daripada buku “Ajaibnya Sedekah”
Read more ...